Berikut dikongsikan 8 panduan temuduga dalam mengisi jawatan kosong Kerani / Operasi
1. Sudah tentu perkara pertama yang anda harus tahu adalah tugas hakiki anda sebagai seorang Kerani / Operasi. Ini termasuklah menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Kementerian/Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
2. Saya beri contoh mudah, dalam kes ini, Kementerian/Jabatan/Bahagian dimana anda akan ditempatkan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Adalah wajar untuk anda mengetahui:
- Visi Kementerian Kesihatan Malaysia
- Misi Kementerian Kesihatan Malaysia
- Fungsi asas Bahagian dan Jabatan di Kementerian Kesihatan Malaysia
- Struktur Organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Anda juga mesti peka terhadap isu-isu semasa dalam bidang perubatan dan kesihatan seperti:
- Kempen Cara Hidup Sihat
- PROSTAR
- Pendermaan Organ
- Penswastaan perkhidmatan sokongan hospital
- Peranan NGO dalam bidang kesihatan
4. Paling mustahak, sebagai seorang Kerani / Operasi anda mesti mahir dalam pentadbiran dan pengurusan pejabat yang merangkumi Aspek Keselamatan dan Aspek Perkhidmatan. Diperincikan di bawah agar mudah untuk anda membuat rujukan atau bacaan tambahan kelak.
A. Aspek keselamatan
• Ancaman kepada keselamatan dan tanggungjawab pegawai
• Keselamatan Fizikal
• Keselamatan Dokumen
• Keselamatan Peribadi
B. Aspek-aspek Perkhidmatan
• Jabatan dan Orang ramai
• Perkara-perkara Perkhidmatan
• Surat Menyurat
• Fail Memfail
• Memelihara dan Menyimpan Rekod-rekod Kerajaan
5. Sudah tentu tidak masuk akal sekiranya seorang Kerani / Operasi tidak mengetahui hal berkaitan Kewangan Am. Jadi perkara-perkara di bawah mesti anda ambil perhatian. Jika belum tahu, cari rujukan, baca buku, tanya kawan atau apa saja yang anda terfikir.
- Pengurusan Kewangan dan Akaun
• Terimaan
• Bayaran
• Sistem Belanjawan Negara
- Perolehan Kerajaan
• Bekalan
• Perkhidmatan
• Kerja
- Pengurusan Stor
• Pengurusan Harta Modal, Inventori dan Bekalan Pejabat
• Verifikasi Stok
• Pemeriksaan Stor
• Tatacara Pelupusan
6. Untuk memudahkan rujukan anda, kami kongsikan juga sumber dimana anda boleh bermula. Untuk mendapatkan maklumat mengenai visi, misi, fungsi dan struktur KKM anda boleh ke laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
7. Selain itu, anda juga boleh cari pekeliling atau edaran kerajaan tentang Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan, Arahan Perbendaharan, Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS) dan Tatacara Pengurusan Stor.
8. Harus dimaklumi juga, dalam mana-mana temuduga kerajaan sekalipun, akan dinilai seseorang calon itu dari sudut etika, budaya, pemakaian, komunikasi, sahsiah diri dan kesesuaian calon. Ini wajib. Rujukan yang baik untuk aspek ini juga turut kami kongsikan. Ia menyeluruh dan lengkap bagi tujuan persediaan penilaian sahsiah dan kesesuaian calon. Boleh rujuk melalui pautan di bawah:
Demikianlah 8 tips yang sempat kami kongsikan khusus untuk kegunaan semasa temuduga Kerani / Operasi itu nanti. Adalah diharapkan ianya dapat memberi gambaran kasar dan memudahkan pencarian rujukan anda. Dengan itu kami doakan anda berjaya di dalam temuduga itu nanti. InsyaAllah.
2 Tips tambahan:
1. Dikhabarkan juga, kemungkinan besar calon akan disuruh memperkenalkan diri, memberitahu penemuduga kenapa ingin berkerja di sektor awam dan beberapa jawapan lain di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin panduan menguasai Bahasa Inggeris cara pantas ini berguna buat anda.
2. Kepada calon yang tidak mahir menulis resume kerja, bolehlah membaca panduan menulis resume dengan betul. Ini akan meninggikan lagi peluang anda untuk menarik perhatian penemuduga.
Adakah anda berminat untuk mengisi jawatan kosong dalam industri penerbangan? Jika anda mahu info lanjut tentang cara untuk mengisi jawatan kosong sebagai Pramugara @ Pramugari dan lulus temuduga syarikat penerbangan cemerlang. Isi form dibawah ini. Ianya PERCUMA.
No comments:
Post a Comment